HQ FMT, Petaling Jaya | 04 Disember 2025 (Khamis)
Alhamdulillah, saya bersama kepimpinan Pemuda PAS Selangor mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Free Malaysia Today (FMT) di Petaling Jaya dan disambut oleh wakil pengurusan editorial. Pertemuan ini bertujuan memperkukuh hubungan profesional dengan media sebagai rakan strategik bagi menyampaikan suara anak muda, agenda kebajikan rakyat dan politik matang secara tepat demi masyarakat bermaklumat dan kritis.
