Kuala Selangor | 07 Disember 2025 (Ahad)
Alhamdulillah, berpeluang berdiskusi bersama Naib Presiden PAS, Dato’ Sri Amar Diraja Dato’ Nik Amar, dalam Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS peringkat Selangor yang berlangsung dengan penuh fokus dan kesungguhan. Kehadiran kami bukan sekadar mendengar, tetapi membawa tekad menterjemahkan gagasan Presiden kepada gerak kerja sebenar di lapangan, berpaksikan fikrah yang jelas, organisasi tersusun dan keberanian berjuang. PAS adalah parti yang mencipta peluang dan memimpin perubahan; Selangor menjadi pentas besar untuk kita mara bersatu, menawan kembali keyakinan ummah dengan Islam sebagai teras kesatuan dan rakyat sebagai teras kekuatan.
