Kunjung Hormat Ke Pejabat Sinar Harian

Pejabat Sinar Harian | 21 November 2025 (Jumaat)

Saya bersama Pemuda PAS Selangor mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Urusan Sinar Harian dan disambut oleh Ketua Pengarang, Editor Berita serta pasukan pengurusan, bagi memperkukuh hubungan strategik dan memastikan suara kebajikan, pendidikan, dan aspirasi anak muda Selangor disampaikan melalui media berwibawa, sambil turut bertemu Pengasas Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, demi manfaat rakyat dan masa depan lebih cemerlang.