Penyerahan Memorandum Bantahan Kepada Ketua Pemuda DAP

Pejabat DAP  |  21 November 2025 (Jumaat)

Saya bersama Pemuda PAS Selangor dan Siswa PAS menyerahkan Memorandum Bantahan ke Pejabat DAP terhadap tindakan Ketua Pemuda DAP yang menghina Mursyidul Am PAS sedang dirawat di hospital melalui poster di media sosial. Tindakan biadab ini mencemar politik Malaysia, merendahkan akhlak kepimpinan dan memberi contoh negatif kepada generasi muda. Pemuda PAS Selangor menuntut permohonan maaf terbuka, penarikan poster serta pengukuhan etika politik, sambil menegaskan komitmen kepada politik beradab, hujah dan penyelesaian demi masa depan negara.