(SIRI 18) UNIVERSITI DAN PEMBINAAN ADAB: MENGANGKAT MARTABAT ILMU DAN INSAN
Dalam dunia moden yang semakin menilai manusia melalui angka, pangkat dan kedudukan, pendidikan kita sedang berdepan penyakit yang lebih parah daripada kekurangan prasarana. Kita sedang menyaksikan hilangnya roh pendidikan itu sendiri. Universiti diubah menjadi kilang mencetak sijil, bukan sebagai wilayah membina jiwa. Kita mengajar anak muda mengejar pekerjaan tetapi tidak mengajar mereka mengenal tujuan hidup….
