Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor | 21 Disember 2025 (Ahad)
Saya menghadiri Majlis Perasmian Amal FitLife Challenge (AFC) 2025 yang dirasmikan oleh Dato’ Dr Halim Tamuri, bersama pimpinan Pemuda dan Jabatan Amal PAS Selangor. Program cabaran 8 minggu ini bertujuan meningkatkan kecergasan fizikal, fokus mental dan ketahanan sukarelawan, selari dengan konsep persediaan, amanah dan sunnah, agar melahirkan sukarelawan yang lebih berdisiplin, bersedia dan berkesan di lapangan.
