Kunjung Hormat Ke Pejabat MalaysiaKini

HQ Malaysiakini, Petaling Jaya  | 21 Januari 2026 (Rabu)

Pemuda PAS Selangor telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Malaysiakini sebagai usaha membina komunikasi terbuka dan profesional dengan pengamal media. Pertemuan berlangsung dalam suasana matang dengan perbincangan mengenai peranan media, landskap politik semasa dan kewartawanan beretika. Pemuda PAS Selangor menegaskan dialog terbuka antara parti politik dan media penting demi memperkukuh demokrasi serta memastikan rakyat menerima maklumat yang seimbang dan sahih.